Persahabatan wujud dari satu perkenalan dengan sepuluh pertanyaan, 100 keyakinan dan seribu pengorbanan serta berjuta-juta perjuangan dengan satu keikhlasan?
Mencari kawan dan membina perkenalan tidaklah sepayah mencari sahabat dan membina persahabatan. Daripada seribu orang kawan mungkin hanya seorang yang layak dipanggil sahabat.
Siapakah sahabat? Dia sanggup berada bersama kita dalam keadaan apa sekalipun. Ketika kita masih orang kecil, dia teman ke lace sana lace ke mari. Ketika kita sudah menjadi orang besar, dia tidak terhegeh-hegeh mencari peluang. Tetapi dia di situ, sedia untuk menyokong kita supaya tidak rebah. Tanpa pengetahuan kita, dia sanggup berkorban membetulkan persepsi silap masyarakat terhadap kita. Dia berperanan sebagaimana kita masih orang kecil dahulu tanpa sebarang kepentingan.
Tatkala payung kita kuncup dia datang membawakan payungnya untuk kita. Lalu kita sama-sama berteduh di bawahnya. Jika payung kita kecil dan tidak muat untuk kita berdua, dia rela basah ditimpa hujan asalkan kita tidak basah sebagaimana dia.
Seorang sahabat itu sanggup memberikan apa sahaja yang kita perlukan manakala apa yang kita perlukan itu ada di tangannya. Dia tidak mengharapkan balasan tetapi jujur untuk memelihara persahabatan. Di manakah anda hendak mencari seseorang yang seperti ini? Sebab itulah mungkin seorang pun payah hendak dicari daripada seribu orang yang ada.
Seorang sahabat seperti digambarkan dalam ejaan JUMAAT: jujur, unggul, matang, asli, amanah dan teguh. Dia jujur, maka boleh diletakkan kepercayaan untuk tolong lihat-lihatkan keluarga kita tatkala kita harus pergi. Dia unggul, maka kita boleh bersandar pada dia tatkala kita hilang motivasi diri. Dia matang, maka kita boleh dapatkan nasihat-nasihat berguna atau merujuk masalah-masalah semasa yang kita hadapi. Dia asli, maka peribadinya bukan dibuat-buat atau tidak mudah luntur, tetapi selari dengan kehendaknya sebagai insan bertuhan. Dia amanah, maka ciri-ciri ini sangat diperlukan dalam persahabatan. Dia teguh, maka kita boleh bergantung padanya pada sangat-sangat getir.
Itu ciri-ciri sahabat. Tentu payah untuk mendapatkannya. Ia payah sebab kita sendiri tidak bersikap seperti itu. Kalau kita bersikap seperti itu, semua yang akan datang kepada kita adalah orang yang seperti itu. Jadi, usah harapkan orang berbuat baik kepada kita kalau kita sendiri tidak dapat melayaninya dengan lebih baik. Usah harapkan datang seseorang yang memiliki sifat-sifat jujur, unggul, matang, asli, amanah dan teguh kalau kita sendiri seorang yang curang, lemah, berfikiran singkat, mudah terpengaruh, tidak amanah dan lembek.
Persahabatan itu bermula daripada satu bentuk perkenalan. Dari satu perkenalan yang mudah menjadi erat apabila adanya pertanyaan, saling bertanya saling mahu kenal mengenal. Dari situ lahirnya keyakinan. Meskipun kadang-kadang terpaksa memberikan seribu pengorbanan serta berjuta-juta perjuangan, ia tetap pergi kepada yang satu iaitu keikhlasan.
Wednesday, April 9, 2008
Monday, April 7, 2008
kiteq..kathy...huhu...
da lm gak aku tak jenguk blog nieh..huhu..neway bz sket dgn final project aku n sbb tenet umh aku prob br2 nie..router burn kn petir..huhu..papepun..aku tetap aku...hepi tetap hepi..ahaks...
ekceli takdok cite best2 sgt kali nie..tak g mn2 disbbkn poket aku kring dah..huhu..ketandusan 'uang' org kate..td aku g jom hboh dgn mbr umh aku...takde bli pe just g release tnsion sn tgk org ramai..buhsan gak dok umh jew..g g sj je nk tgk artis ke..sj2 nk cuci mate..tgk glgt org kite..org artis..mcm2 org lg la..yg pling aku takleh nak lupe psl td kitorg msuk 'villa seram'...memg seram gile..dsyat ar tb3..aku la yg b'ia2 sgt nak msuk n then aku gakla yg pling takut..aku ngat hntu ptung je..upe2nye hantu org yg b'jaln..gile...mglbh bdk je msuk situ..pnakut gak rupenye aku nie..br aku tahu..huhu..taknah aku g umh antu gitu..bazir rm2 aku je msuk situ derma jerit je le..hahaha..memg takleh nak lupe la..pristiwa phit+manis tu..thanks kwn2..takkan lupe pistiwa tu..hepi sgt..hilg tnsion..jaln punye jalan..mbr aku tingin nak amek gmbr dgn sorg mmt nie..actor spa q..(dafi:nem dia dalm cite spa q tu..)aku takle minat ngat tp...dah g tgk skali tmpg le skaki b'gmbr..hehehe..
sem ni dah nak bis..so, sistem aku pun dah hmpir siap..aku wat bese2 je takat mn yg mmpu..dalm tgh bulan ni aku da stat minggu demo+pizen sistem aku...report tak bis siap lg..huhu..so..debar2 la gak..asal lepas cukup la..dah maleh nak dok mlaka nie..dah buhsan lm sgt kat sini..byk kngan mnis+phit aku spjg kat sini yg mybe aku takleh nak lupakan mcm gitu je..
byk menda aku nak wat pas bis sem nie..yg pntin kena keje lu..bulan8 nk konvo..cr wit sket.. kai wit sndri lak if bley...sian makabh aku sik tgung aku je..ngat ada wit lbey nak li kete ke..teng teng..tgkla if ada rezki..if aku dpt kpli ok gak..sbb angan2 aku skrg ni if bley nak jd cikgu..skola rndh la tp...hehe..hrp2 impian tu tercapai..org kate..hidup biala b'impian sbb kdg kala impian tu la yg akan jd kytaan..mn nk tahu kan..so, sbnrnye pjg n jauh lg journey aku dlm hidup aku nie..byk lagi menda yg tak t'capai..bkn aku je aku rs...sume org mcm tu...so...aku kenala alert dgn setiap pe aku buat setiap second n every minute...bg aku, 'masa' tu..amatla b'hrga...
at last but not least..hargaila ms kite yg ada tue..sbb ms tulah nant yg akan mnntukan ms dpn kite nanti...yuhu...chow cin chow...papepun... 'lu pikir ar sendiri!!!' ahaks..
Subscribe to:
Comments (Atom)
